Ujian MGTT Untuk Ibu Hamil
Ujian MGTT membantu mengesan diabetes semasa kehamilan (GDM). Dapatkan pemeriksaan dan pemantauan oleh doktor di Klinik Sofea bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa terjaga.
Proses Ujian MGTT
Ujian Minum Air Gula (MGTT) dilakukan melalui beberapa langkah mudah untuk mengukur tahap glukosa dalam darah ibu hamil. Proses ini melibatkan pengambilan sampel darah sebelum dan selepas ibu mengambil minuman glukosa.
Berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dijalankan. Kebiasaannya, ujian dilakukan pada waktu pagi selepas berpuasa semalaman.
Sampel darah pertama akan diambil untuk mengukur paras gula dalam darah ketika berpuasa.
Selepas minum air glukosa, ibu perlu menunggu selama 2 jam. Sepanjang tempoh ini, ibu perlu mengelakkan pengambilan makanan, minuman dan aktiviti fizikal.
Selepas 2 jam, sampel darah kedua akan diambil untuk mengukur paras gula dalam darah selepas pengambilan glukosa.
Keputusan ujian akan dinilai oleh doktor bagi mengenal pasti sama ada ibu mengalami diabetes semasa kehamilan (GDM) atau memerlukan pemeriksaan lanjut.
Minuman Air Gula Berperisa
Minuman glukosa berperisa kini tersedia untuk ujian MGTT di Klinik Sofea. Hubungi cawangan untuk mengetahui pilihan perisa yang tersedia sebelum lawatan ibu.
Caj Ujian MGTT
Pengalaman lebih menyenangkan buat ibu hamil di Klinik Sofea
Penjagaan Ibu & Anak
Pemeriksaan kehamilan bersama doktor wanita, pilihan ultrasound dan pakej buka buku pink dalam suasana klinik yang selesa.
Pemeriksaan Ultrasound
Bersama Dr Wanita
Pakej Buka Buku Pink
Ruang Klinik Yang Selesa
Layanan Mesra
Saringan Diabetes Semasa Hamil
Doktor menentukan keperluan dan waktu ujian berdasarkan umur, sejarah kesihatan dan faktor risiko ibu.
Ujian disarankan pada usia kandungan 24–28 minggu, walaupun tanpa faktor risiko lain.
Ibu yang pernah mengalami kencing manis semasa kehamilan terdahulu memerlukan saringan lebih awal.
Antaranya BMI melebihi 27 atau ahli keluarga terdekat menghidap diabetes. Doktor akan menentukan waktu ujian.
FAQ
Doktor menentukan masa dan keperluan ujian berdasarkan faktor risiko, sejarah kesihatan dan usia kehamilan.
Sekurang-kurangnya 8 jam sebelum temujanji. Sahkan juga sama ada air kosong dibenarkan dan bagaimana mengambil ubat biasa.
Maklumkan petugas dengan segera. Mereka akan menilai sama ada ujian boleh diteruskan atau perlu dijadualkan semula.
Keputusan bergantung pada proses makmal klinik. Sahkan tempoh serta cara mendapatkan penjelasan doktor semasa membuat janji temu.
Kami Sedia Membantu
Hubungi cawangan Klinik Sofea untuk pertanyaan tentang pemeriksaan, caj, slot dan pakej yang tersedia .
Rawatan Pesakit Luar
Kesihatan Ibu & Anak (KKIA)
Imunisasi & Vaksinasi
Pemeriksaan Kesihatan
Klinik Panel