...

Ujian MGTT Untuk Ibu Hamil

Ujian Toleransi Glukosa (MGTT) Semasa Hamil di Klinik Sofea

Ujian MGTT membantu mengesan diabetes semasa kehamilan (GDM). Dapatkan pemeriksaan dan pemantauan oleh doktor di Klinik Sofea bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa terjaga.

Proses Ujian MGTT

Bagaimana Ujian MGTT Dilakukan

Ujian Minum Air Gula (MGTT) dilakukan melalui beberapa langkah mudah untuk mengukur tahap glukosa dalam darah ibu hamil. Proses ini melibatkan pengambilan sampel darah sebelum dan selepas ibu mengambil minuman glukosa.

Berpuasa Sebelum Ujian

Berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dijalankan. Kebiasaannya, ujian dilakukan pada waktu pagi selepas berpuasa semalaman.

Pengambilan Sampel Darah Pertama

Sampel darah pertama akan diambil untuk mengukur paras gula dalam darah ketika berpuasa.

Minum Air Glukosa

Ibu akan diberikan minuman glukosa yang mengandungi 75 gram glukosa.

Menunggu Selama 2 Jam

Selepas minum air glukosa, ibu perlu menunggu selama 2 jam. Sepanjang tempoh ini, ibu perlu mengelakkan pengambilan makanan, minuman dan aktiviti fizikal.

Pengambilan Sampel Darah Kedua

Selepas 2 jam, sampel darah kedua akan diambil untuk mengukur paras gula dalam darah selepas pengambilan glukosa.

Keputusan Ujian

Keputusan ujian akan dinilai oleh doktor bagi mengenal pasti sama ada ibu mengalami diabetes semasa kehamilan (GDM) atau memerlukan pemeriksaan lanjut.

Minuman Air Gula Berperisa

Ibu Tidak Perlu Risau. Ujian MGTT di Klinik Sofea Kini dengan Minuman Glukosa Berperisa!

Minuman glukosa berperisa kini tersedia untuk ujian MGTT di Klinik Sofea. Hubungi cawangan untuk mengetahui pilihan perisa yang tersedia sebelum lawatan ibu.

Caj Ujian MGTT

Ujian Air Gula MGTT

Pengalaman lebih menyenangkan buat ibu hamil di Klinik Sofea

Penjagaan Ibu & Anak

Kenapa Bakal Ibu
Memilih Klinik Sofea?

Pemeriksaan kehamilan bersama doktor wanita, pilihan ultrasound dan pakej buka buku pink dalam suasana klinik yang selesa.

Pemeriksaan Ultrasound

Bersama Dr Wanita

Pakej Buka Buku Pink

Ruang Klinik Yang Selesa

Layanan Mesra

Saringan Diabetes Semasa Hamil

Siapa yang Perlu Menjalani Ujian MGTT?

Doktor menentukan keperluan dan waktu ujian berdasarkan umur, sejarah kesihatan dan faktor risiko ibu.

Ibu Berumur 25 Tahun ke Atas

Ujian disarankan pada usia kandungan 24–28 minggu, walaupun tanpa faktor risiko lain.

Pernah Mengalami Diabetes Gestasi

Ibu yang pernah mengalami kencing manis semasa kehamilan terdahulu memerlukan saringan lebih awal.

Mempunyai Faktor Risiko Lain

Antaranya BMI melebihi 27 atau ahli keluarga terdekat menghidap diabetes. Doktor akan menentukan waktu ujian.

Pengalaman Ibu di Klinik Sofea

FAQ

Soalan Lazim

Bila ibu hamil perlu buat ujian MGTT?

Doktor menentukan masa dan keperluan ujian berdasarkan faktor risiko, sejarah kesihatan dan usia kehamilan.

Berapa lama perlu berpuasa?

Sekurang-kurangnya 8 jam sebelum temujanji. Sahkan juga sama ada air kosong dibenarkan dan bagaimana mengambil ubat biasa.

Apa perlu buat jika loya atau muntah?

Maklumkan petugas dengan segera. Mereka akan menilai sama ada ujian boleh diteruskan atau perlu dijadualkan semula.

Bila keputusan boleh diperoleh?

Keputusan bergantung pada proses makmal klinik. Sahkan tempoh serta cara mendapatkan penjelasan doktor semasa membuat janji temu.

Kami Sedia Membantu

Perlukan maklumat lanjut?

Hubungi cawangan Klinik Sofea untuk pertanyaan tentang pemeriksaan, caj, slot dan pakej yang tersedia .

KLINIK SOFEA

Klinik Pesakit Luar, Panel & KKIA

Perkhidmatan

Rawatan Pesakit Luar

Kesihatan Ibu & Anak (KKIA)

Imunisasi & Vaksinasi

Pemeriksaan Kesihatan

Klinik Panel

Pengurus Laman Web : Linda Healthcare Sdn. Bhd. 201901025324(1334653-M)

© 2026 Klinik Sofea. Hak Cipta Terpelihara.

Maklumat ini menerangkan perkhidmatan yang tersedia. Kesesuaian pemeriksaan ditentukan melalui penilaian klinikal. Hubungi cawangan untuk skop, caj dan temujanji.

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.